SUNGAI PETANI: Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemui rentung di dalam kawasan kebun kelapa sawit di Bukit Karung, Semeling di sini pada Jumaat.
Mayat lelaki dipercayai penduduk tempatan yang terbakar lebih 90 peratus itu ditemui oleh seorang penjaga kebun buah-buahan lebih kurang pukul 11 pagi semasa dia menghalau kera yang memasuki kebunnya.
Seorang penduduk yang tinggal berdekatan lokasi penemuan mayat itu yang enggan dikenali berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan mengenai kejadian itu.
"Mayat ditemui dalam keadaan meniarap dan dipercayai mati tidak sampai 24 jam lalu kerana belum berbau.
"Pihak polis yang datang ke lokasi kemudian membuat pemeriksaan dan membawa mayat untuk bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB)di Alor Setar," katanya ketika ditemui di sini, pada Sabtu.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan penemuan mayat itu.
"Buat masa sekarang kita mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat yang akan dijalankan di HSB esok.
"Kita juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk tampil membantu siasatan atau menghubungi balai polis berhampiran," katanya.
Tambahnya, orang ramai diminta untuk tidak berkongsi maklumat yang tidak tepat yang boleh menimbulkan kegusaran awam berkaitan kejadian itu.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Mar 23 2024
Mayat ditemui dalam keadaan meniarap dan dipercayai mati tidak sampai 24 jam lalu. - Gambar/ Astro AWANI
Pengguna ChatGPT percuma boleh guna GPTs, GPT Store
Pengguna percuma juga boleh memuat naik dokumen dan meminta ChatGPT untuk merumuskannya.
Anwar terus guna platform dunia selar sikap prejudis kuasa besar
Anwar berkata sikap prejudis kuasa besar dunia jelas kelihatan, kerana cenderung menyokong sesuatu yang dilihat selari dengan agenda mereka.
Ahli perniagaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah guna dokumen palsu
Seorang ahli peniagaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menggunakan dokumen yang dipalsukan pada Jun tahun lepas.
AWANI Ringkas: Pergaduhan Piala Belia, FAM ambil tindakan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Belum bincang pengganti Speaker Dewan Negara - Fadillah
Fadillah berkata, pelantikan ke jawatan itu terletak di bawah budi bicara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia tarik pelabur pada Forum Ekonomi Qatar
Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 yang bermula hari ini, menampilkan ramai pemimpin global, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Geng Bala tumpas, 13 wanita warga asing diselamatkan
Polis menumpaskan sindiket pelacuran, Geng Bala selepas menyelamatkan 13 wanita warga negara asing menerusi lima serbuan berasingan sekitar daerah ini dan Kulai pada 21 April hingga 1 Mei lalu.
Liga Super: KDNFC turunkan harga tiket perlawanan pertama
Kelantan Darul Naim FC (KNDFC) menurunkan harga tiket bagi perlawanan pertama pada Liga Super 2024/25 menentang Sabah di Stadium Sultan Muhammad IV.
Lori tangki bawa minyak masak terpakai terbabas di Lebuhraya Karak
Lori tangki jenis Volvo itu dalam perjalanan dari Kuantan menuju Pelabuhan Klang.
Monsun Barat Daya dijangka bermula Jumaat, taburan hujan lebih rendah - MetMalaysia
Monsun Barat Daya dijangka bermula Jumaat ini dan akan berterusan hingga September, menyebabkan kebanyakan tempat di seluruh negara mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak.
Mayat lelaki ditemui rentung dalam kebun kelapa sawit
Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemui rentung di dalam kawasan kebun kelapa sawit di Bukit Karung, Semeling di sini pada Jumaat.
Syak mayat rentung ahli keluarga
Keluarga berkenaan bagaimanapun tidak dapat mengecam mayat tersebut dan perlu menunggu hasil ujian pemadanan DNA yang dijangka diketahui dalam tempoh dua minggu lagi.
Kebakaran Sandakan: Identiti seorang daripada tiga mangsa rentung dikenal pasti - Polis
Identiti seorang daripada tiga mangsa rentung dalam kebakaran rumah dua tingkat di Taman Rajawali, dekat Batu Tujuh, berjaya dikenal pasti.
Identiti pemandu BMW rentung dikenal pasti
mangsa dapat dikenal pasti dan disahkan selepas abang mangsa yang berusia 45 tahun melakukan ujian DNA.
Selepas tiga hari, identiti tiga mangsa rentung dalam kemalangan belum dikenal pasti
Pengecaman tidak dapat dipastikan berikutan tiada ciri-ciri pengenalan khas pada kesemua mangsa.
Naluri anak yakin mayat terbakar adalah jasad ibu
Beliau tidak menyangka kematian ibunya berlaku secara tragis, namun tetap reda dan berharap individu yang melakukan perbuatan kejam itu mendapat hukuman setimpal.
Polis kenal pasti identiti mayat ditemui rentung terbakar tepi jalan
Polis mengesahkan mayat dengan kesan terbakar keseluruhan badan yang ditemukan di tepi Jalan Kuala Terengganu-Kelantan di Kampung Padang Air dekat Tepoh di sini 17 April lepas, adalah seorang wanita y
Mayat ditemui rentung di tepi jalan dipercayai wanita
Polis percaya mayat tanpa identiti yang ditemui rentung di tepi jalan di Kampung Padang Air, Kuala Nerus dekat sini, pada Sabtu lalu adalah seorang wanita.
Kes mayat rentung dalam kenderaan disiasat sebagai kes bunuh - Polis
Polis berkata siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mayat wanita ditemukan rentung dalam kontena di UTC
Mayat dipercayai seorang wanita ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah kontena berhampiran Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Kuantan.